Ebook ini berisi ceramah yang disampaikan Abul A’la Al Maududi di Universiti Islam Aligarh, India. Dalam ceramah tersebut diterangkan proses kemunculan Negara Islam sebagai satu natijah tabii (nature). Sekarang ini rangkai kata “Negara Islam” sudah tidak asing lagi dan banyak disebut-sebut dan terlalu ingin dicapai, tapi mereka tidak mengetahui cara untuk mewujudkannya hingga akan banyak kaedah-kaedah pelik disarankan di mana kesemuanya mustahil untuk tercapai. Pemikiran yang berkecamuk itu disebabkan oleh politik dan sejarah yang menimbulkan satu ideal (keunggulan) yang boleh dinamakan sebagai “Negara Islam”. Tapi belum ada lagi daya-usaha untuk mendefinisikan secara saintifik keadaan negara atau mempelajari proses evolusinya.
Download Proses Revolusi Islam