Perubahan merupakan slogan kata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahwa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya “Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi.”

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asanya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka.
Bagaimana sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda?
Apakah peranan peemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan?
Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?
Semuanya akan dikaji dalam kajian Generasi Muda dan Perubahan…
Download Generasi Muda dan Perubahan